KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah rakyat Malaysia di Beirut, Lubnan perlu kekal waspada dan menghubungi Kedutaan Malaysia untuk sebarang bantuan, pertanyaan dan maklumat terkini, selain mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan Lubnan demi keselamatan diri.